Askum semua dan salam bahagia untuk cik chin kita…..
Pada minggu ni cik chin menyuruh para pelajarnya untuk menyambung kembali semula pembinaan blog mana yang tidak siap lagi dan juga menerangkan mengenai teknologi dan inovasi.
Teknologi pada masa kini amat berguna bagi sesiapa sahaja terutamanya guru kerana dengan teknologi pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah, mempermudahkan segala tindakan yang ingin diambil dan sebagainya. Ini kerana dengan teknologi pelbagai manfaat dapat diperolehi di mana ianya dapat berfungsi dengan lebih cepat, berkesan samada dari mengumpulkan data, memperolehi data, menyimpan maklumat dan sebagainya. ini amat penting kerana memberikan kefahaman yang lebih apa yang dipelajari oleh pelajar seterusnya mereka akan lebih cepat menguasainya berbanding pengajaran seperti biasa. walau bagaimanapun bentuk pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru, tidak dapat tidak guru perlu mengakui bahawa dengan menerapkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, sesuatu penyampaian itu dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan....ini lah kemajuan manusia berdasarkan ilmu yang mereka pelajari dan perolehi......berkenaaan dengan teknologi dalam pendidikan bolehla layari di laman web seperti berikut :
http://www.pendidikan.net/ atau boleh juga melayari di laman web http://e-pendidikan.net/.
persoalan :
1. adakah guru di semua sekolah di malaysia telah menerapkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?
2. jika tidak, bilakah semua sekolah di malaysia akan dilengkapi dengan sistem teknologi dalam pedidikan?
Friday, March 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment