Setelah Cik Chin dengan penuh rasa tanggungjwab menerangkan mengenai sekolah bistari dengan sewajarnya, kemudian kami telah diberi pendedahan oleh beliau mengenai projek kementerian pelajaran Malaysia untuk kemudahan para pendidik dan warga pendidikan. Beliau telah menerangkan dengan panjang lebar mengenai SCHOOLNET. Sesuatu yang baru, menarik untuk diterokai dan dipelajari dengan erti kata lain suatu ilmu yang amat rugi jika tidak mengetahuinya dengan lebih lanjut, bayangkan, bukan sahaja tentang pendidikan yang diketengahkan, tapi siap dengan perisian – perisian yang pebagai.....ermmmmmmm.........sesuatu yang amat bermanfaatkan...... Cik Chin telah menerangkan bahawa di dalam laman web ini terdapat pelbagai kemudahan untuk warga pendidikan untuk mencari informasi yang terkini, kaedah – kaedah dan sebagainya, pokoknya benda yang menyeluruh dan amat memberi manfaat kepada kita semua yang telah menceburi bidang pendidikan ini. di sini boleh kita lihat kepada sejarah penubuhannya, rasional, konsep dan kandungan yang terdapat di dalamnya.....terima kasih Cik Chin atas segalanya....jgn lupa ya untuk layari laman web ini untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut ok... http://myschoolnet.ppk.kpm.my/indexi.htm
Sejarah Penubuhan
Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16 Sep. 1998 merumuskan supaya dilihat semula peranan yang dimainkan oleh Laman Alam Pendidikan dan Kerjaya bagi memastikan pelajar, guru dan pentadbir sekolah mendapat manfaat sepenuhnya dari aktiviti dan maklumat pendidikan di internet. Satu Kertas mengenai penubuhan Malaysian SchoolNet telah dibentangkan kepada Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 36/98 di mana antara lain mesyuarat bersetuju dengan penubuhan Malaysian SchoolNet. Pada 13 November 2000, Menteri Pendidikan telah melancarkan Laman Web Malaysian SchoolNet semasa Hari Anugerah Inovasi dan Kualiti KPM.
Rasional
Laman Malaysian SchoolNet bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan internet dan memperluaskan akses kepada maklumat am dan sumber pendidikan di kalangan pelajar, guru dan pentadbir sekolah Malaysia.
Konsep
Pendidikan melalui internet.
Kandungan
Maklumat Laman Malaysian School.Net akan disediakan dalam Bahasa Melayu. Versi Bahasa Inggeris akan digunakan sekiranya perlu kecuali bahan-bahan untuk mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan lain-lain bahasa yang terdapat dalam kurikulum sekolah. Bahan laman web akan dikemaskini dari semasa ke semasa .
Kandungan laman adalah seperti berikut:
Pelajar
1. Aktiviti kurikulum
2. Kepimpianan dan ko-kurikulum
3. Aktiviti interaktif
Guru
1. Prinsip dan amalan P&P
2. Prinsip dan amalan pentaksiran
3. Pengurusan bilik darjah
4. Aktiviti interaktif
5. Maklumat pendidikan
Pentadbir
1. Prinsip dan amalan
2. Pengurusan sekolah
3. Profesion
4. Aktiviti interaktif
5. Maklumat pendidikan
PERSOALAN????
1. BAGAIMANAKAH CARANYA BAGI GURU – GURU YANG BEKHIDMAT DI KAWASAN PENDALAMAN UNTUK MELAYARI LAMAN WEB INI SEKIRANYA TIDAK DISEDIAKAN TEKNOLOGI INTERNET?
2. MENGAPAKAH MASIH TERDAPAT LAGI GURU - GURU YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN?
Friday, March 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment