Friday, March 28, 2008

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

Salam...........

Apa kabar semua yang menjengok – jengok blog ni?sehat – sehatlah hendaknya ya....hanya ringkas sahaja penerangan buat kali ini, hanyalah berkisar kepada pengurusan makmal komputer dan keselamatan pengguna...iyalah, kalau tak diterangkan oleh sifu kita, silap – silap ada yang tidak mementingkan keselamatan nanti, lagi satu hanya tahu guna sahaja, bagaimana mahu menguruskan makmal, tidak dipedulikan atau memang tidak sengaja tidak peduli (macam mana tu, pening ni)...jadi di tambah, ditolak untuk kuliah kali ini dapatla saya ertikan dan pointkan pelajaran seperti di bawah ini:

Pengurusan Makmal KomputerAspek Keselamatan1. Pastikan komputer tidak berada di bilik suhu yang panas2. Guna "stabilizer" supaya valtan terkawal3. Elakkan terhantuk, tergegar dengan kuat dan terjatuh.4. Jangan letak dalam boot kereta.5. Tutup komputer dan peranti unit dengan lapik plastik.6. Tanggalkan plug dari soket elektrik.7. Elakkan sambung kabel peranti (mouse/keyboard) ke sistem unit tanpa sistem unit di shut down.8. Jangan memasang/menganggal ram/kad ke dalam storan tanpa memutus kabel elektrik.9. Pastikan kabel monitor. kabel kuasa dan kabel peranti tidak terlipat di belakang sistem unit.Keselesaan Dan Keselamatan Pengguna1. Pastikan meja komputer dalam keadaaan tersusun.2. Guna pelapis cahaya monitor.3. Ruangkan kedudukan monitor dengan mata antara 18 hingga 24 inci jauh dari mata.4. Sekiranya membuka casing, pastikan sistem di shut down.5. Semasa membuat penyelenggaraan, pastikan tidak memakai tali leher, barang kemas dan tidak berambut panjang.6. Pastikan wayar dalam keadaan baik.

selepas dari penerangan ini, kami telah diberikan tugasan oleh sifu ( siapa lagi kalau bukan Cik Chin yang sentiasa senyum dan mudah mesra) untuk menrencanakan bagaimanakah untuk mempromosikan makmal komputer....minggu selepas itu pula, bertemulah semua kami dari kumpulan Cik Chin dengan kaedah, perancangan yang pelbagai,semuanya hebat – hebat belaka, tapi bagi kumpulan kami yang sentiasa mantain dan digelar dengan nama motherboard,(nak tahu siapa dia?radhi, shahnaz, zulhilmi dan saya la, takkan saya nak tulis untuk blog orang lain lak kan) mengambil pendekatan dengan mempromosikan makmal kepada pelajar dengan permainan....haaaaa, permainan apa tu?bukanlah permainan yang melalaikan jiwa pelajar tapi permainan yang mengasah minda dan keintelektualan mereka, baru mencabar otakkan......jika merasakan kognitif perlu dicabar, bolehlah cuba permainan kami ini…..oklah yer....ada hal penting yang perlu diuruskan sebentar....jumpa lagi...

wasalam

PERSOALAN????
1. ADAKAH SEMUA SEKOLAH TERDAPAT MAKMAL KOMPUTER?
2. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENJADI SEORANG GURU YANG CEMERLANG?

No comments: