Friday, March 28, 2008

INTERACTIVE WHITEBOARD (IWB)

SALAM semua....

alhamdulillah, mudah - mudah semuanya sehat dan sentiasa bergembira dengan tugasan yang semakin banyak....erm.............minggu ini merupakan minggu terakhir dan minggu hadapan adalah minggu untuk bersuka ria dengan segala ilmu yang diperolehi untuk diterjemahkan di atas kertas kosong, di harap kita semua adalah insan yang paling berjaya diantara orang - orang yang berjaya, amin,......

minggu ni adalah minggu saya mempersembahkan bahan pengajaran yang dibina menggunakan iwb, pada awalnya, memang seperti tidak percaya mampu lakukannya, namun selepas melakukan berulang kali di samping tunjuk ajar rakan - rakan dan juga tidak lupa ilmu yang diperturunkan oleh cik fenny pada minggu sebelumnya, akhirnya.......terserlah lah bakat untuk membina tugasan menggunakan teknologi ini. macam tak percayakan???tapi itulah hakikat yang perlu diterima......

minggu diperkenalkan dengan iwb oleh cik fenny, memang terus terungkap dari dalam hati betapa diri ini lemah sekali sehingga teknologi yang sudah digunapakai di sesetengah sekolah pun tidak tahu, yang hanya mampu terkeluar ialah kekaguman dan penghormatan kepada insan yang merekaciptakan teknologi ini, apa pun setidak - tidaknya masih belum terlewat untuk menerima ilmu baru dan seterusnya mempraktekkannya di dalam pengajaran dan pembelajaran nanti itupun sekiranya di sekolah tersebut disediakan dengan papan berharga rm11,000 ini.....

walaupun pada peringkat awal pembelajaran oleh cik fenny boleh dikatakan tidak ada yang difahami, tetapi apabila dilakukan demontrasi oleh cik fenny dan rakan - rakan yang ingin mencuba, akhirnya terbut juga kefahaman dan pengetahuan tentang iwb ini walaupun dalam mengaplikasikannya dalam bentuk bahan masih lagi ada kelemahan....macam mana kelemahan yang wujudpun, masih ada masa dan ruang untuk diperbaiki agar tidak ada lagi cacat celanya di kemudian hari...

terakhirnya,ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada cik Chin sebagai guru kumpulan kami di atas kesudiannya menyampaikan ilmu dalam bidang TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN kepada saya dan rakan rakan yang lain, dan juga tidak lupa kepada prof. dr. saedah dan juga cik umi walaupun hanya sementara sahaja pertemuan kita, tetapi percayalah bahawa ilmu yang disampaikan oleh lkalian ianya amat berharga dan berguna kepada kami semua...terima kasih sekali lagi...

wasalam.....

persoalan??
1. adakah semua sekolah telah dilengakapi dengan teknologi iwb ini?
2.jika tidak, bilakah semua sekolah akan menerima dan seterusnya guru mampu mengaplikasikannya kepada pelajar?
3.adakah semua guru sama ada rndah, menegah dan pengajian tinggi telah diberikan pendedahan dengan teknologi iwb ini?

No comments: