Assalamulaikum kepada Prof. Saedah Siraj dan cik Umi serta tidak lupa juga salam sejahtera kepada cik Chin, insan – insan yang sudi mencurahkan ilmu mereka kepada saya sepanjang mempelajari subjek Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.
Alhamdulillah, pelajaran hari ini telah selesai dengan jayanya walaupun tidak seberapa seperti mereka – mereka yang telah mahir. Walaupun lambat untuk posting, tapi inilah hasil permulaan sesuatu yang baru dipelajari. Apapun terbit rasa gembira dan bangga untuk hari ini kerana dapat mencuba sesuatu yang baru. Dari mula masuk kelas saya diterangkan secara teori cara – cara untuk menghasilkan blog, bermula dari pendaftaran Yahoogroups, menghasilkan email (gmail) sehinggalah terbentuknya sebuah blog yang tidak seberapa ini. Awalnya memang agak sukar untuk memahami, tapi tunjuk ajar dari cik Umi dan Prof. Saedah Siraj dari sudut teori serta cik Chin secara praktikal, pensyarah – pensyarah yang dipertanggungjawab untuk mengajar saya dan juga rakan – rakan (ustaz shahnaz, ustaz zul, ustaz hadi, ustaz halim, ustaz ye, ustaz radhi dan ramai lagi) yang banyak membantu, akhirnya, terhasillah blog ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka – mereka yang banyak membantu saya. Sehingga bertemu di hari lain dan masa yang lain ok.
Monday, January 21, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
