Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Bestari adalah suatu institusi yang telah direkasemula dalam bidang pengajaran dan metodologi pengajian untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi masyarakat yang berdasarkan informasi. Kreativiti dan pengurusan matlumat yang lebih baik dijadikan kenyataan melalui penggunaan teknologi, di mana para penutut, guru-guru, pentadbir-pentadbir, dan ibubapa adalah lebih sedia menanangi cabaran-cabaran Zaman Informasi.
Guru-guru akan perlu menukar peranan mereka di dalam bilik darjah elektronik, dari menjadi pembekal maklumat bertukar kepada penasihat untuk menolong pelajar-pelajar mengembangkan pengetahuan dan daya pemikiran untuk memilih punca-punca matlumat yang sesuai dan baik.
Kunci kepada kejayaan di dalam Zaman Informasi adalah kebolehan membuat pilihan yang wajar di kalangan pelbagai jenis pilihan, dan Malaysia sedang menelitikan sistem pendidikannya untuk merekakan suatu kurikulum di mana para penuntut dapat belajar bagaimana belajar, supaya dapat menjalani pembelajaran sepanjang hayat..
Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.
Objektif Sekolah Bestari
Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:
1. Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
2. Mendemokrasikan pendidikan
3. Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
4. Memupuk perkembangan menyeluruh individu
5. Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, silalah ke laman berikut: http://www.msc.com.my/smartschool/
Persoalan??
Bilakah projek sekolah bistari ini akan meliputi semua sekolah di Malaysia?
Bagaimana pula dengan sekolah luar bandar, bilakah projek tersebut akan dinikmati oleh mereka?
Friday, March 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment